PENDAHULUAN
Undang-undang Melaka yang lebih
dikenali Hukum Kanun Melaka dan risalat hukum kanun (dalam bahasa Arab)
merupakan undang tradisional yang tertua
di negara ini. Hukum Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis.
Menurut pandangan Dr Mohd Yusoff Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan
pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia
baru ditulis dan disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah
pada tahun (1489M – 1511M). Hukum Kanun Melaka ini diwujudkan bertujuan untuk
melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka.
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal
yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang dalam
kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahn jenayah awam dan
undang-undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak menyentuh
tentang hukum hukum Islam seperti Hukum Hudud.
Contoh bahasa yang
telah digunakan dalam petikan Hukum Kanun Melaka atau dikenali Undang Undang
Melaka :-
“Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu,
melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik',
ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini
tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian
itu, digocoh hukumnya”
KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA SEBAGAI PANDUAN YANG LENGKAP DALAM
MENJALANKAN PEMERINTAHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Hukum Kanun Melaka
sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di
dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian
kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh
kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan
menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan
aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara.
Selain itu, Hukum Kanun
Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu.
Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut
undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri"
dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua
peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka
mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara
seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga
hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang,
menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan
menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum
kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan.
Pentingnya Hukum Kanun
Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas,
peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung
satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang
adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu
bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan
pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah
pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka
dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.
Di samping itu,
kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem
sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat
jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan
golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada
pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda
menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf
seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari
segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan
antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai
peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara
pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja
sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris
berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali
dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara.
Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan
kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi
mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi
beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah
termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik
melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.
PENGARUH ISLAM DALAM
HUKUM KANUN MELAKA
Undang-undang islam dalam Hukum
Kanun Melaka
1.
Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
2.
Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan
dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan
qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama
dan setimpal. Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat
Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan pembunuh dengan sengaja jika
diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda). Hal ini selari dengan mazhab
Shafiee. Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina, Qazaf, Mencuri,
Minum arak dan Murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati
bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin. Hal ini
selari dengan surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan
disebat 80 x sebatan. Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 x sebatan. Hukum Ta’zir bagi
kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup
nisab akan dikenakan ta’zir. Contoh akan diminta pulang semula barang yang
dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampung sebagai pengajaran.
Undang-undang Muamalah,
o
Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan
dalam fasal 30 Hukum Kanun Melaka. Contoh disebut dengan nyata haramnya riba,
tidak boleh berniaga dengan orang gila.
Undang-undang Keluarga
o Ini berhubung dengan
perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya. Dalam hal ini semuanya
selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara
o
Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti
Islam, adil, pengampun, pemurah dan sebagainya. Disini dinyatakan juga hakim/kadi
dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi
terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang
raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam Hukum Kanun Melaka,
masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan
Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam :
1.
Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)
2.
Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya
Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3.
Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud
telah berzina dengan isteri orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
o
Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna
kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
o
Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah
dengan zalim.
Pengaruh adat Temenggung :
o
Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai
Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.dan tidak akan berlaku fenomena main hakim sendiri dalam kalangan masyarakat kerana hukum kanun melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan.
hukum kanun melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan. dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu produktiviti.maka nyatanya undang-undang islam dalam hukum kanun melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan.
Kesan Hukum Kanun Melaka terhadap Undang-Undang Malaysia
- Sebagai sumber rujukan
hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.dan tidak akan berlaku fenomena main hakim sendiri dalam kalangan masyarakat kerana hukum kanun melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan.
hukum kanun melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan. dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu produktiviti.maka nyatanya undang-undang islam dalam hukum kanun melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan.
RUMUSAN
Kesimpulannya, Hukum
Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini
yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang
ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur.
Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara
berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan
perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan,
dan kekeluargaan. Walaupun Hukum Kanun Melaka diamalkan dengan meluas di Melaka
dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentangan
dengan syarak. Hal ini,
Undang-undang Melaka masih dipakai oleh undang-undang zaman sekarang.